Friday
MASALAH LEMAH TENAGA BATIN
Penyakit lemah tenaga batin adalah sesuatu yang "taboo" untuk dibincangkan, tetapi merupakan masalah kepada kebanyakan rumahtangga di Malaysia secara khususnya.
90% suami isteri menghadapi masalah dinamakan "kemerosotan libido" dimana daya keinginan untuk melakukan aktiviti intim samada oleh isteri atau suami menurun. Penurunan kadar libido ini adalah disebabkan oleh pelbagai permasalahan didalam kehidupan suami dan isteri seperti kerja lewat masa, masalah anak-anak, masalah ditempat kerja, masalah kewangan dan sebagainya.
Kesemua permasalahan seperti di atas menyebabkan kelesuan dan hilangnya daya fokus dari salah satu atau kedua-dua belah pihak untuk meneruskan perhubungan intim.
Keletihan, kelesuan dan hilang daya fokus boleh diperbaiki dengan mengamalkan diet yang baik, untuk memulihkan sel-sel badan dan organ-organ supaya berfungsi dengan lebih baik dan lebih cepat.
Mengikut pendaftaran penceraian yang direkodkan oleh Majlis Agama Islam Selangor, salah satu dari punca penceraian adalah berkisarkan kepada perhubungan intim yang gagal. Terbukti, kesedaran tentang peri penting menjaga hubungan intim suami isteri dan langkah-langkah yang perlu digunakan untuk memastikan keharmonian sesebuah rumahtangga.
